PERLEMBAGAAN PERSATUAN GEOGRAFI

   
  1. Nama-  Persatuan Geografi SMKDABB
  1. Alamat
             Alamat Persatuan Geografi ialah:
            Pengerusi,
            PUAN NOOR AZIZAH
            SMK Datuk Abu Bakar Baginda
            Jalan Maktab,Sungai Merak
            43000 Kajang,Selangor

        3.   Objektif
           
       Tujuan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ini adalah untuk:
        3.1 Melahirkan,memupuk serta menambahkan minat murid SMK Abu Bakar Baginda
              terhadap alam sekitar
        3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah seperti
              aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.
        3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik darjah
              seperti aktiviti lawatan.

        3.4 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti
            3.4.1   mengendalikan masyuarat
            3.4.2   merancang aktiviti persatuan
            3.4.3   menyediakan belanjawan
            3.4.4   mencari sumber kewangan
            3.4.5   mengendalikan aktiviti persatuan
            3.4.6   menulis laporan

     4.   Keahlian
              
     4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua murid SMK Datuk Abu Bakar Baginda
     4.2 Tanggungjawab ahli:
            4.2.1   Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan
             4.2.2   Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang
                        berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut perlembagaan
            4.2.3   Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan tiada
                        penyelewengan
            4.2.4   Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam segala
                        aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.Mereka yang tidak dapat berbuat demikian
                        hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.
            4.2.5   Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab yang
                        munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.

         
         5.   Pentadbiran
        5.1 Penaung           :        Pengetua
        5.2 Penasihat         :        Dilantik oleh sekolah
        5.3 Ahli Jawatankuasa :
              Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya  oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang diadakan
              Setiap tahun
        5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa:
            5.4.1 Pengerusi
            .     Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
            .     Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                    mesyuarat telah diambil
            .     Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                    mesyuarat telah diambil
            .     Membincagkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat
            .     Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan

            5.4.2 Naib Pengerusi
            .      Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab
            .      Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir

             5 .4.3 Setiausaha
            .      Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya  kepada semua ahli
            .      Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat
            .      Menguruskan surat menyurat
            .      Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat

            5.4.4  Penolong Setiausaha
            .      Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

            5.4.5 Bendahari
            .      Mengutip wang sumbangan
            .      Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan
            .      Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
            .      Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
            .      Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat

            5.4.6 Ahli Jawatankuasa
             .      Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan

        6.   Wang Sumbangan
              Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM 2.00 sebulan

        7.   Kumpulan Wang
        7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti persatuan
        7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada
              mana-mana pihak.
           

        8.   Mesyuarat

        8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah
        8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau
              bila-bila masa diperlukan
        8.3 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri oleh
              sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat
        8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir
        8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli
              kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
        8.6 Pengemuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari
              sebelum mesyuarat diadakan
        8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan
              dengan licin dansempurna.
        
9.     Pindaan
Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan
atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.