NAMA AHLI JAWATANKUASA

NAMA UNIT KOKURIKULUM
                    - PERSATUAN GEOGRAFI

GURU PENASIHAT
      * PN. NOOR AZIZAH BT SHAARI
      * PN. SHARIFAH NORHAYATI BT
         SYED HUSSIN

PENGERUSI
* ZAIAZRINA BT MUZAINI
NAIB PENGERUSI
* MD. NABIL IDDIN
   B. ROSLI
SETIAUSAHA
* INTAN NAJIHA BT MD. ARIS
BENDAHARI
* NUR SYAFIKAH BT FAURI
AJK
TINGKATAN 1* NABIL FIKRI B. MOHD RIZAL
TINGKATAN 2* NAZARUDIN BIN NORDIN
      

SENARAI AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN GEOGRAFI

  • MESYUARAT AGUNG 2011
  • SESI BERKENALAN DAN CADANGAN AKTIVITI
  • GOTONG-ROYONG BERSIHKAN BILIK GEOGRAFI
  • LAWATAN
  • TEKA SILANGKATA
  • PERTANDINGAN FOTOGRAFI
  • MEMBINA PETA MINDA
  • MENCIPTA LOGO
  • PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
  • JAMUAN AKHIR TAHUN

          
   

LAPORAN AKTIVITI

          MENCIPTA LOGO PERSATUAN

              Seramai 35 orang pelajar yang hadir telah melibatkan diri
              secara aktif. Pelajar juga diminta menyiapkan logo dan
              mewarnakan serta logo tersebut dihantar pada perjumpaan 
              seterusnya iaitu pada 13 mac 2011

            PERTANDINGAN MELUKIS POSTER 
     
            Seramai 40 pelajar yang hadir telah melibatkan secara
            aktif.Pelajar diminta menyiapkan poster masing-masing
            dan diminta hantar kepada guru penasihat untuk dinilai.
                       
    
     
 

PERLEMBAGAAN PERSATUAN GEOGRAFI

   
  1. Nama-  Persatuan Geografi SMKDABB
  1. Alamat
             Alamat Persatuan Geografi ialah:
            Pengerusi,
            PUAN NOOR AZIZAH
            SMK Datuk Abu Bakar Baginda
            Jalan Maktab,Sungai Merak
            43000 Kajang,Selangor

        3.   Objektif
           
       Tujuan Persatuan/Kelab/Badan Beruniform ini adalah untuk:
        3.1 Melahirkan,memupuk serta menambahkan minat murid SMK Abu Bakar Baginda
              terhadap alam sekitar
        3.2 Mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan yang diperolehi di bilik darjah seperti
              aktiviti kuiz, syarahan, seminar dan bengkel.
        3.3 Mendedahkan murid kepada pengalaman yang tidak boleh didapati dalam bilik darjah
              seperti aktiviti lawatan.

        3.4 Melatih murid-murid cara-cara mengendalikan sesebuah persatuan seperti
            3.4.1   mengendalikan masyuarat
            3.4.2   merancang aktiviti persatuan
            3.4.3   menyediakan belanjawan
            3.4.4   mencari sumber kewangan
            3.4.5   mengendalikan aktiviti persatuan
            3.4.6   menulis laporan

     4.   Keahlian
              
     4.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka kepada semua murid SMK Datuk Abu Bakar Baginda
     4.2 Tanggungjawab ahli:
            4.2.1   Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan
             4.2.2   Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan yang
                        berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak mengikut perlembagaan
            4.2.3   Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk memastikan tiada
                        penyelewengan
            4.2.4   Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian dalam segala
                        aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan.Mereka yang tidak dapat berbuat demikian
                        hendaklah memberi sebab-sebab yang munasabah.
            4.2.5   Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab yang
                        munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara automatik.

         
         5.   Pentadbiran
        5.1 Penaung           :        Pengetua
        5.2 Penasihat         :        Dilantik oleh sekolah
        5.3 Ahli Jawatankuasa :
              Persatuan ini ditadbirkan sepenuhnya  oleh Ahli Jawatankuasa persatuan yang diadakan
              Setiap tahun
        5.4 Tugas dan tanggungjawab ahli Jawatankuasa:
            5.4.1 Pengerusi
            .     Mempengerusikan setiap mesyuarat yang diadakan
            .     Mengadakan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                    mesyuarat telah diambil
            .     Meneliti catatan mesyuarat dan memastikan segala tindakan yang diputuskan dalam
                    mesyuarat telah diambil
            .     Membincagkan segala program dan aktiviti tahunan dengan guru penasihat
            .     Memastikan aktiviti persatuan berjalan licin dan mendapat sambutan

            5.4.2 Naib Pengerusi
            .      Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugas dan bertanggungjawab
            .      Menggantikan Pengerusi dalam mana-mana mesyuarat jika Pengerusi tidak hadir

             5 .4.3 Setiausaha
            .      Mencatatkan minit mesyuarat dan mengedarkannya  kepada semua ahli
            .      Menyediakan laporan penggal tahunan kepada guru penasihat
            .      Menguruskan surat menyurat
            .      Menjemput ahli-ahli menghadiri mesyuarat

            5.4.4  Penolong Setiausaha
            .      Membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab

            5.4.5 Bendahari
            .      Mengutip wang sumbangan
            .      Menyediakan satu rekod kutipan wang sumbangan
            .      Mencatatkan segala perbelanjaan persatuan
            .      Menyerahkan segala kutipan kepada Guru Penasihat
            .      Mengemukakan penyata kewangan dalam mesyuarat

            5.4.6 Ahli Jawatankuasa
             .      Membantu dalam menjalankan dan menyelaraskan segala aktiviti persatuan

        6.   Wang Sumbangan
              Setiap ahli dikenakan wang sumbangan sebanyak RM 2.00 sebulan

        7.   Kumpulan Wang
        7.1 Kutipan wang dan kumpulan wang hanya boleh digunakan untuk aktiviti persatuan
        7.2 Persatuan berhak menerima sumbangan dalam bentuk wang atau lain-lain daripada
              mana-mana pihak.
           

        8.   Mesyuarat

        8.1 Mesyuarat tahunan pada satu tarikh yang ditentukan oleh sekolah
        8.2 Mesyuarat Jawatankuasa persatuan diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali atau
              bila-bila masa diperlukan
        8.3 Mesyuarat tahunan dan mesyuarat-mesyuarat yang lain hendaklah dihadiri oleh
              sekurang-kurangnya seorang Guru Penasihat
        8.4 Mesyuarat tahunan hanya sah apabila dua pertiga daripada ahli hadir
        8.5 Menghadiri mesyuarat pada masa-masa yang ditentukan adalah wajib kepada ahli
              kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
        8.6 Pengemuman setiap masa mesyuarat hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sehari
              sebelum mesyuarat diadakan
        8.7 Setiap ahli mestilah mematuhi segala peraturan mesyuarat supaya mesyuarat berjalan
              dengan licin dansempurna.
        
9.     Pindaan
Pindaan kepada perlembagaan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang diperlukan
atas nasihat Pengetua atau Guru Penasihat.